KLIK2 MY HEARBEAT

Khamis, 17 Februari 2011

"contest cintai alam sekitar"

Firstly nak ucap ribuan terima kasih kt AMMAR yg telah sudi melanjutkan tarikh contest nie, dan sekali gus menjemput aq tuk join contest dye nie..( mungkihkah disebabkan rasa kasihan n nk bg can kt pengomen dye nie?? huhu )

ok dipendekkan cite, peserta hanya perlu bgtw langkah2 tuk menangani pencemaran alam sekitar...juz senaraikan...x perlu wt karangan..

so ni lah hasil pemikiran kreatip aq..cettt!

ibarat kata orang lebih baik mencegah sebelum terjadi...ape yg kite perlu bwt sebelum terjadi kes pencemaran ni?? ok ikuti langkah2 nie:

* tanamkan sikap cintakan alam sekitar sejak usia awal kanak-kanak. ( peranan ibu bapa, guru, kakak, abang dan orang dewasa ). bawa kanak-kanak pergi melihat alam sekeliling yang cantik, kemudian bawa pula ke tempat alam sekitar yang telah dicemari. minta mereka bezakan kedua-dua tempat ni. mana yang mereka lebih suka. kanak-kanak sudah boleh membuat penilaian di awal usia mereka, sama ada tempat 2 cantik atau x, bersih + wangi dan menyegarkan atau sebaliknya.
* bagitau n terangkan pada kanak-kanak ape yg mereka perlu buat tuk kekalkan keindahan alam sekitar. contohnya, membuang sampah di tong sampah. jua peranan dari orang dewasa. kemudian sama-sama praktikkan , sebagai contoh, ibu bapa boleh wujudkan taman bunga mini di rumah mereka.
*** langkah2 nie samalah seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya***

Langkah seterusnya...lebih kepada orang dewasa yang tak faham bahasa dan mementingkan diri sendiri :D
Ape yg kerajaan dah buat tapi x berkesan?? dan perlu diperbaiki.....

* tanda2 amaran dan peringatan seperti " dilarang membuang sampah di kawasan ini. denda rm 200 ", perlu ditukar kepada kata-kata yang lebih berhikmah contoh, " kebersihan itu sebahagian daripada iman. Allah menyukai sesuatu yang bersih. Oleh itu lakukanlah apa yang disukai Allah. kelak kamu akan mendapat balasanNYA".
* orang kuat kat sesuatu tempat 2 buat notis pengumuman yg menyatakan " sesiapa yang dapat menangkap orang yang membuang sampah merata-rata tempat, akan diberi ganjaran. " hehehe boleh ke taktik nie??
* wakil rakyat perlu kerahkan penduduknya bergotong-royong bersihkan kawasan diorang.
* kemudian kerajaan negeri 2 buat lah pertandingan kampung tercantik ke daerah tercantik ke ape...barulah betul2 dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, sebab semua berlumba2 nak menang ( macam contest nie la...masing2 sibuk cari idea terhebat tuk menang..hehe) 
*** nie dah melibatkan orang2 besar..jadi law Ammar or sape yang ade sedara mara yang jadi wakil rakyat 2, bolehlah syorkan kaedah nie ye...selain dapat mengeratkan silaturrahim antara sesama negeri ***

okeh itu sahaja dari cetusan minda aq pagi2 ni....dah macam karangan pulak..( Ammar jgn marah okey.. ) nie bukan karangan, ini hanya penerangan...peace!!D

ni gambar aq yang x cantik...juz background je yg cantik..kt dataran merdeka, KL...
* sila abaikan gadis tataw malu 2..:p

2 ulasan: