Kalau Saya dapat RM300?
Bertuahnye saya jika dapat RM 300....sape mau bagi kalau bukan kak Safra Shukry..
kalaulah saya yang bertuah tu.......
RM 200 akan aku peruntukkan untuk anak2 didikku di TASKA TNB KUALA LUMPUR..walapun aku hanya budak praktikal, tapi aku dah sayang sangat kat dorang. so sebelum aku menghabiskan praktikal bulan 7 ni, aku nak la bg something kat dorang sebagai tanda ingatan. barang ape, 2 belum diputuskan lagi. tapi yang paling penting mesti ade gambar aku + kanak-kanak + pija( partner praktikal )
dalam gambar (dari depan) : muazim, adam, iman, amylin, marisa, adriana, farzana, rania, syafiqah.
mase ni dorang baru je selesai wat model segi tiga menggunakan gulungan kertas surat khabar, untuk pembelajaran nombor 1-3..
teringat lagi sewaktu iman mengatakan, " ummi, iman sayang ummi."
owhhhh tidak kusangka secepat itu rasa sayang mereka padaku tertumpah..masa 2 baru hari ke 8 aku bersama mereka..lantas aku membalas sambil memeluknya, " ummi pun sayang iman."
P&P nombor 5. mewarna bombor 5 dan melukis tapak tangan.
iman bersama hasil kerjanya..( lukisan tapak tangan dibimbing oleh saya sendiri)
dan yang paling tidak kusangka, masa hari jumaat, 3 jun, aku sesaje cakap kat iman dan rania yang berada dalam pangkuan aku. " lepas ni ummi dah tak datang tau. ummi nak balik. iman tak sayang ummi, kan? " iman dan rania pandang aku penuh mengharap, " tak nak...tak nak..." mase 2 iman dah peluk aku. aku cuba mengalih iman dari pangkuan, sebab kaki dah kebas. tibe2 iman menangis, rania ikut menangis. mungkin dorang ingat aku dah nak balik.....panik sekejap! huhu..
kalau macam ni laaaa....payah gak...sebab 2 aku nak sangat bg something kat dorang..
rm 100 lagi?
haaa yang rm 100 lagi tu aku nak wat la majlis kesyukuran sempena pentauliahan aku dalam PALAPES..9 julai 2011, bertempat di UTHM johor...insyaAllah aku akan ditauliahkan sebagai leftenan muda psstldm..
bersama kawan2 seperjuangan dari UITM dan UUM, hari2 terakhir di KDSI 1

ni lah barisan pegawai kadet kanan palapes laut um yg akan ditauliahkan....
setelah berhempas pulas selama 3 tahun, insyaAllah aku akan hadiahkan perjuangan ni pada mak aku...semoga dia gembira dengan kejayaan aku hari ini..
2 sume law aku dapat RM 300...
tapi law tak dapat pun,
aku tetap akan penuhi hajat aku 2 dengan duit poket sendiri.
hadiah ni kalau aku dapat pun aku anggap kak safra dah tolong penuhi hajat aku..thankz;p
tag:
hayati



Tiada ulasan:
Catat Ulasan